Followers

Monday, January 18, 2010

KeRaNa PuLuT SaNtAn BiNaSa

Salam untuk semua,

Pepatah Melayu ada menyebut:

Kerana pulut santan binasa
Kerana mulut badan binasa

Sepatutnya pepatah ini dijadikan panduan dalam hidup kita. Apatah lagi dalam dunia tanpa sempadan pada hari ini, segala apa yang kita luahkan akan menjadi tatapan umum. Mungkin luahan kita itu hanyalah pandangan peribadi, tetapi jika tidak berhemah, pasti akan menimbulkan rasa benci dan dendam yang akhirnya membawa kepada kemusnahan.
Akhir-akhir ini, isu penggunaan Kalimah ALLAH begitu hebat diperkatakan. Ramai yang memberikan pendapat samada menyokong atau membantah keputusan yang dibuat oleh Mahkamah. Setiap hari ada saja berita mengenai isu ini. Namun, sebagai orang yang bertamadun kita seharusnya menangani isu ini dengan penuh berhemah dan memberi kemaslahatan kepada semua. Isu gereja dibakar pasti menjadi satu tamparan dan imej buruk kepada umat Islam.
Keratan komen dari Facebook.com
Malangnya ada segelintir pihak yang kurang perasaan sensitiviti kepada masyarakat lain. Dengan selamba dia mengaku sebagai orang yang bertanggungjawab dalam pembakaran gereja. Komen yang dibuat di Facebooknya dirasakan mungkin sekadar bahan jenaka. Akhirnya tindakan ini memakan diri apabila beliau yang bernama Mohamad Tasyrif Tajuddin yang berusia 25 tahun. Dia ditahan di bawah Seksyen 233(1), Akta Komunikasi dan Multimedia yang boleh menyebabkannya didenda sehingga RM50,000 atau penjara setahun.


sumber: Akhbar The Sun

Jadi, pengajarannya untuk kita semua, berhati-hatilah dalam memberikan pandangan. Kita diberikan akal fikiran yang cukup untuk menilai sesuatu. Jangan bertindak mengikut kata nafsu tetapi gunalah akal dengan sebaiknya.

1 comment:

  1. walaupun bergurau
    tapi cara dia mmg cam org x btamdun!
    xder perasaan ke ngan member cina tu!
    siap kutuk2 surau pulak ((w/pun realitinya cm2))


    u desrved it!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...