Followers

Showing posts with label karya. Show all posts
Showing posts with label karya. Show all posts

Tuesday, July 27, 2010

PANTUN BERKASIH

Salam 1 Malaysia,

Dah lama tak post hasil karya aku dalam blog ni.. So ni aku post pantun-pantun yang pernah menjadi post untuk status di FACEBOOK aku..:

Mata perhati tertenung-tenung,
Tangan berlagu kaki di lantai,
Hajat hati setinggi gunung,
Apakan daya tidak tersampai.

Ditumbuk lengan jari yang sengal,
Kaki tersepak si pokok bunga,
Bertanya nama bersuai kenal,
Manakan tahu ada jodohnya.


Anak dara bermata lentik,
Lenggang lenggok pergi kenduri,
Bunga di taman ingin dipetik,
Jari berdarah terkena duri.


Makan lauk ikan sembilang,
Berganti ulam si manjakani,
Seberang laut mampu direnang,
Seberang hati tak pula berani.


Sanggul disimpul diikat kemas,
Cucuk sanggul ada di bucu,
Selendang tuan berbenang emas,
Pelekat hamba kain belacu.


Dayung sampan jauh ke tengah,
Dayung bergalah si pohon bambu,
Manakan bulan hendak dijengah,
Pelita sendiri pun tak bersumbu.


Selasih tuan disambar gelama,
Selasih saya dalam sampan,
Kasih tuan saya terima,
Kasih saya mana disimpan.

Malam itu gelap gelita,
Hingga pungguk gila bayang,
Dalam senyum ada cinta,
Dalam hati ada sayang.

Thursday, April 8, 2010

HANTARAN

Selepas hampir sebulan memerah idea, akhirnya siap jugak set hantaran untuk majlis kahwin kawan aku... Idea datang last minute tapi sempat gak siapkan... Huhuhu...


Perfume

Tuala

Tali Pinggang

Bakul Buah

Bekas Kek

Bakul kosong

Alas kosong (untuk kasut, baju, dll)

Tuesday, February 23, 2010

DUHAI MALAM


Duhai malam..
Pinjamkan aku cahaya rembulan nan kelam,
Ada mimpi yang ingin ku sulam,
Dalam lena tika terpejam,
Di situ hajat ku terpendam,
Mencari sesuatu nan suram,
Impian di hati yang mendalam,
Di ceruk lautan tak terselam,
Andai kau tahu dan faham,
Berikan aku segala ilham,
Agar terubat hati yang muram....

Tuesday, February 2, 2010

WALLPAPER WONDERPETS

Salam 1Malaysia...

Kali ni aku nak share wallpaper untuk peminat-peminat Wonderpets khususnya rakan-rakan Kelab Wonderpets Malaysia. Wallpaper nie aku dezign sendiri.. Ada 2 dezign.. Wonderpets bersiar-siar di Kuala Lumpur (kononnya..!!) Ada lagi yang akan menyusul kelak.. Tunggu kesempatan masa je.. Enjoy guys!!

Sila pilih ikut saiz paparan komputer anda:

Download: 800x600 pixel

Download: 1024x768 pixel

Download: 800x600 pixel

Download: 1024x768 pixel

Semoga bergembira. Sebarang komen amat dialu-alukan. TQ.

Friday, May 29, 2009

Sepi Itu Aku

SEPI ITU AKU
(Menuju Alam Barzakh..)

Terang..
Gelap...
Di sekelilingku hanya sunyi..
Biar siang...
Biar malam...
Diriku sendiri sepi...

Di mana teman tawa..
Ke mana kawan air mata...
Semua hilang entah ke mana...
Hanya aku berteman sepi..
Terkaku aku sendiri..

Di kiri kanan hanya gelita..
Melihat segala noda dan dosa..
Oh Tuhan..
Terlewat kah aku kerana masa..
Sempatkah aku menebus segalanya..
Tidak..
Tidak lagi di kala ini...

Aku bukan lagi seperti dulu..
Bebas berlari mengejar dunia..
Kini sepi aku sendiri..
BertemuMU...
Rabbul 'Alamin...

Monday, May 11, 2009

Nukilan untuk Mak... (sempena Hari Ibu)


Mak..
engkaulah ratu hatiku..
sedari kecil membesarkan ku...
dengan penuh kesabaran..
dengan penuh ketabahan..
dengan penuh kasih sayang...


Mak...
andai ditanya pada aku...
siapa insan teristimewa..
siapa orang paling disayang..
siapa gerangan bertakhta dihati..
tanpa ragu...
tanpa sangsi..
tanpa sesal..
pasti ku kata.. mak...


Mak..
Selagi nyawa dikandung badan..
kasih ku...
sayang ku...
jiwa ku..
jasadku...
akan sentiasa menjunjung nama mu...


Mak..
Andai ada salah laku...
terkasar bahasa..
terlanjur bicara...
sepuluh jari kususun..
kemaafanmu aku pohon..
kerana kutahu..
syurga firdausiku..
hanya ada padamu..


Aku Sayang Mak!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...