Followers

Showing posts with label makluman. Show all posts
Showing posts with label makluman. Show all posts

Monday, January 10, 2011

KONSERT MAHER ZAIN | Dapatkan tiket anda sekarang!!!

Salam 1Malaysia..


Khas buat peminat penyanyi antarabangsa Maher Zain, konsert beliau akan diadakan pada 25 & 26 Februari 2011 ini bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam. Konsert ini akan turut menampilkan Mesut Kurtis, Irfan Makki dan Kumpulan InTeam.. Dapatkan tiket-tiket yang berharga RM53, RM103, RM203, RM253 dan RM297 dengan segera. Tiket-tiket boleh dibeli secara online di https://online.tickethotline.com.my/.

Thursday, December 23, 2010

JADUAL PEMBAYARAN GAJI TAHUN 2011


Salam...

Tahun 2010 dah nak berakhir. So aku nak kongsi jadual pembayaran gaji untuk tahun 2011. Bukan ape.. Supaya korang boleh la membuat perancangan awal. Nak buat kenduri ke, nak kahwin lagi ke, nak pergi bercuti ke.. Haha..


Sunday, October 24, 2010

CARA NAK PRINT SLIP GAJI

Perhatian kepada sumer penjawat awam.. Mulai sekarang, kita kena print slip gaji sendiri.. Bagi yang tak berapa nak tau kaedahnya, di sini saya menyediakan perkhidmatan tutorial mudah secara percuma. Bagi pahala sket cukup la.. Heheh..

1. Mula-mula bukak la website Jabatan Akauntan Negara, klik sini.
2. Paparan berikut akan dipaparkan. Klik pada e-Penyata Gaji.

3. Kemudian akan keluar paparan ini, klik pada 'Pertama Kali Mendaftar'
4. Selepas itu, paparan berikut dipaparkan. Isikan maklumat diri anda. Peringatan: Sila ingat KATA LALUAN anda.


Tekan OK. Tahniah, anda telah didaftarkan...

5. Untuk mencetak slip gaji anda, buka semula paparan Log In. Masukkan No. I/C dan Kata Laluan anda. Paparan berikut akan dipaparkan. Di bahagian tepi, terdapat item Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan. Klik pada perkataan Sendiri.


6. Paparan berikut akan dipaparkan. Anda boleh memilih bulan atau tahun untuk mencetak slip gaji anda.

6. Slip gaji anda akan dipaparkan dalam bentuk PDF seperti berikut:
Semoga tutorial ini dapat memberikan anda maklumat yang berguna.

Sekian....

p/s: Laman web Jabatan Akauntan Negara mengalami kesesakan sekarang, akses mungkin akan jadi sangat perlahan atau lembab. Harap bersabar ye...

Friday, July 2, 2010

SITI SOUND JAMMING STUDIO

Salam 1Malaysia,

Untuk peminat-peminat jamming sekalian, Dato' Siti Nurhaliza telah mewujudkan sebuah studio jamming di Taman Connaught, Cheras. Nama studio tu SITI SOUND JAMMING STUDIO. Harga promosi pada waktu ini adalah RM30 bagi setiap jam.. Murah rasanya tu kalau nak banding dengan studio jamming yang lain. Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi 03-91019555.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...