Followers

Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Thursday, March 31, 2011

DEMO TEAM LOTUS F1 @ PUTRAJAYA



Peminat-peminat F1 sekalian.. Esok (2 April), pasukan Lotus akan membuat demo sempena Malaysian GP yang akan datang. Khabarnya pemandu mereka, Heikki Kovalainen dan Jarno Trulli akan turut berada di lokasi esok. Demo ini akan diadakan di Dataran Putrajaya berhampiran dengan Istana Kehakiman bermula jam 10 pagi hingga 3 petang.

Jadi, peminat-peminat F1 sekalian, tunggu apa lagi. Kita serangggg!!!!

Wednesday, December 29, 2010

Nasib Gudel Si Gurita

Gudel Si Gurita (Kurita)


Semalam telah berlangsungnya perlawanan akhir kedua bagi Piala AFF Suzuki 2010. Ternyata Malaysia akhirnya berjaya membawa pulang piala tersebut untuk pertama kalinya ke Malaysia. Manakala team Indonesia terus kempunan untuk kali keempat dalam percubaan mereka merampas piala itu. Apa yang menarik mengenai perlawanan ini, rakyat Indonesia begitu taksub untuk menang sehingga wujudnya sotong yang dikatakan bakal menggantikan 'Paul' yang meramal dengan tepat pada Piala Dunia yang lalu. Setelah dua jam menunggu, sotong itu akhirnya memilih team Indonesia. Malangnya, ramalan sotong yang dinamakan 'Gudel' itu ternyata salah. Aku rasalah kan.. sotong tu saja nak ambil hati orang Indonesia. Lagipun, kalau dia pilih kotak Malaysia pada masa tu, confirm dia akan bertukar menjadi sambal nasi lemak hari tu juga. Jadi, apakah nasih si Gudel pada hari ini?


Team Malaysia

Apa pun, tahniah untuk team Malaysia. Syabas di atas usaha yang telah diberikan. Untuk penyokong pula, selamat bercuti dan selamat tahun baru. Tahun depan kita gempur lagi!!!

Thursday, October 28, 2010

FINAL PIALA MALAYSIA: Kelantan vs N. Sembilan

Salam to all...

Final Piala Malaysia semakin hampir. Bahangnya semakin dirasai. Pertemuan tahun lalu kini berulang lagi. Stadium Shah Alam akan menjadi saksi perlawanan akhir untuk musim ini... Apakah keputusannya? Mampukah Negeri Sembilan mempertahankan piala keramat yang berada di genggamannya? Atau Kelantan akan terus menggasak dan membalas dendam apabila seringkali gagal meraih piala ini walau telah beberapa kali ke final?

Komen aku?? No komen!!! Aku orang Selangor... Hahaha!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...