Followers
Wednesday, December 30, 2009
MAKAN TOGETHER!!
Saturday, December 12, 2009
My Trip To KK
11-13 Disember lalu cuti aku dihabiskan di bandaraya Kota Kinabalu.. Sangat berbeza KK sekarang dengan KK yang pernah ditinggalkan 7 tahun lalu.. Pembangunan yang pesat telah berlaku sekarang.. Tahniah untuk Bandaraya Kota Kinabalu...
Centre Point.. (tempat melepak dulu-dulu...)
12/12/2009:
13/12/2009:
9.00am.. Keluar sarapan dengan Emdy before he went back to Keningau.. Then teman kan si Maloh breakfast kat kedai mamak kegemaran aku.. hehe..
Maloh yang sedang breakfast...
Pasar Filipine...
Sedar-sedar dah pukul 5.30pm... Nak kena gerak gi Airport dah. Sekali lagi Cik Huda Hela Ladin menawarkan perkhidmatan limo nye untuk ke airport.. Nak belanja makan pun, dia ade dinner ngan kawan dia.. So tepon la si Sharidan, mintak teman sementara tunggu flight..
Wednesday, December 9, 2009
Update!!!
Monday, September 7, 2009
Nuzul Al Quran
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)
Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Panduan
Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:
1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.
Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.
Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.
Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.
Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).
Friday, August 21, 2009
Selamat Berpuasa!!!
Thursday, August 13, 2009
Saturday, July 25, 2009
Album kerohanian Siti Nurhaliza
p/s: Ini adalah ilham penulis semata-mata, bukan cover album sebenar...
Sunday, July 19, 2009
Menjangkau Usia 29...
Malam sebelum tu mak telefon minta aku balik esoknya (Ahad), konon nak minta tolong hantarkan adik aku ke Puduraya.. Dia nak balik Segamat.. Bas pukul 1 lebih... Kebetulan hari Ahad tu aku ada pendaftaran untuk ikut rombongan Cik Kiah ke Singapore untuk tengok bola Singapore vs Selangor Oktober nanti. Jam 12 baru settle semua.. So aku bergegas balik ke Bangi..
Sempat la aku telepon adik aku tanya samada dia dah ready blom.. Heran gak aku pasal dia kata dia ada kat Kajang, beli barang sket.. Bila aku sampai umah dalam kol 1pm... adik aku blom balik lagi.. aku pown tak perasan ape-ape time tuh.. macam biasa mulut aku pun membebel sebab takut lambar nak ke Puduraya...
Tetiba mak mintak aku beli ais.. panas katanya.. nak minum air sirap, balance dari kenduri kawen adik aku yang tak abes-abes lagi tuh... Tanpa banyak cakap, aku terus pegi kedai beli ais... Bila balik, adik aku dah ade kat umah.. aku tanya dia nak balik ke tak.. dia kata takpe.. Bas dia dalam pukul 2 lebih.. saje je cakap kol 1 lebih tuh.. Em.. bleh lak gitu ye..
Aku malas nak pikir banyak.. terus dok lepak kat hall.. sambil sorang lagi adik aku layan aku menyembang... tetiba muncul bebudak ni dari dapur sambil membawa kek.. adik ipar aku pown bleh lak tetiba muncull... Baru aku sedar yang aku dah kena surprise ngan dorang...
Very sweet.. sweet to be remembered... dalam meniti usia awal 30-an nih.. hmm.. ade masa terasa tua.. tapi jiwa aku tetap muda.. kekeke....
Friday, July 17, 2009
Give Thanks To Allah by Michael Jackson
Michael Jackson - Give Thanks To Allah
KEMATIAN MICHAEL JACKSON @ MIKAEEL : Satu Konspirasi??
Friday, June 19, 2009
SUKARNYA MELAYU-ISLAM NAK BARSATU...
Kalau diselak halaman akhbar harian pada hari ini, mesti tak lari daripada isu Kerajaan Perpaduan... Bagi aku ni satu langkah yang baik.. Tapi agak sukar memahami politik Malaysia ni.. Kadang-kadang benda baik akan jadi jahat hanya kerana kepentingan politik masing-masing.. Setiap pihak ada periuk nasi yang perlu dijaga.. Malah ada juga yang jenuh menjilat bailk ludah-ludah yang pernah dilemparkan sebelum ni..
Rakyat pada hari ini sudah matang.. tapi kematangan mereka ini masih diselimuti dengan kecelaruan.. Celaru ni timbul daripada laporan media yang terlalu menghangatkan sesuatu isu.. kebenarannya pula entah di mana... Baik pihak kerajaan yang kaya dengan media cetak dan elektroniknya atau PAS-PR dengan media cetak dan blog-blognya...
Tapi kalau fikir secara logik, kita boleh nampak perpecahan di kalangan umat Islam di Malaysia sekarang ni.. Jadi, langkah membina UG ni amat tepat pada masanya.. PAS memperjuangkan Islam, BN memperjuangkan orang Melayu (dalam perlembagaan, Melayu mesti beragama Islam)... Tapi PAS masih diselubungi dengan sejarah pahit di masa silam manakala BN sedang mencari nafas baru untuk kestabilan parti.. Jadi kita tunggu dan lihatlah apa yang akan berlaku kelak.. Semoga Allah akan memberikan petunjuk untuk para pemimpin agar Malaysia akan menjadi negara yang terus dihormati di mata dunia...
Friday, May 29, 2009
Sepi Itu Aku
(Menuju Alam Barzakh..)
Terang..
Gelap...
Di sekelilingku hanya sunyi..
Biar siang...
Biar malam...
Diriku sendiri sepi...
Di mana teman tawa..
Ke mana kawan air mata...
Semua hilang entah ke mana...
Hanya aku berteman sepi..
Terkaku aku sendiri..
Di kiri kanan hanya gelita..
Melihat segala noda dan dosa..
Oh Tuhan..
Terlewat kah aku kerana masa..
Sempatkah aku menebus segalanya..
Tidak..
Tidak lagi di kala ini...
Aku bukan lagi seperti dulu..
Bebas berlari mengejar dunia..
Kini sepi aku sendiri..
BertemuMU...
Rabbul 'Alamin...
Thursday, May 21, 2009
Memberku...
Lepas selamat celebrate besday mak aku semalam, aku gerak ke Bandar Utama pulak.. Lebih kurang kol 1.15am... Bukan buat ape pun, saje jumpa member aku.. He is one of my best friend masa aku study kat UMS dulu... Nama dia Al Maloh @ David.. Orang Dusun dari Ranau, Sabah... Dia keje kat Padini, Kota Kinabalu.. Outlet kat Warisan Square KK... Kebetulan dia ada annual dinner kat KL.. Jadi aku pun tak lepaskan peluang jumpa mamat ni.. Dah berisi sikit dia sekarang... Tapi aku berisi banyak.. huhu... Kitorang lepak kat Rasta Cafe di Taman Tun Dr. Ismail.. Banyak yang kitorang sembang semalam... Tapi rentak cerita mungkin dah berbeza kalau dibandingkan ngan time belajar dulu.. Ye la.. Masing-masing dah ade haluan sendiri... Akhirnya, lepas jam menunjukkan kol 2.30am, barulah kitorang beransur... zzzz...
Selamat Hari Jadi, Emak...
Thursday, May 14, 2009
Tanggungjawab Sesama Muslim
Hari ni hari Jumaat.. Penghulu segala hari.. Hari yang penuh keberkatan jika kita pandai mengimplementasinya... Lihatlah hari ini.. Bagaimanakah sikap manusia di sekeliling kita? Ramai yang bercakaran sesama sendiri hanya disebabkan oleh kerakusan mendapatkan kuasa hingga lupa pada Yang BERKUASA.. Lebih menyedihkan, yang bercakaran ini adalah saudara sesama Islam... Mungkin kadangkala kita terlupa dengan tanggungjawab di antara kita sebagai khalifah di muka bumi ini...
Suka saya memetik dari Hadis 40 - Imam Nawawi:
Hadis ke-35
Dari Abu Hurairah r.a, katanya : ” Telah bersabda Rasulullah SAW : ‘ Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan jangan kamu tipu-menipu, dan jangan benci-membenci, dan jangan musuh memusuhi, dan jangan kamu berjual beli atas jual beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekelian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim adalah bersaudara sesama Muslim, tidak boleh menganiayanya, tidak boleh membiarkannya tertindas, tidak boleh mendustainya dan tidak boleh menghinanya. Taqwa itu berpunca dari sini – sambil Nabi SAW menunjukkan ke dadanya tiga kali. Sudah memadailah kejahatan seorang itu jika ia menghina saudaranya yang Islam. Seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya.
Jadi agaknya, dimanakah kita sekarang? Bagaimana dengan tanggungjawab dan amanah yang kita pikul sepanjang diberikan peluang untuk berada di atas muka bumi ini. Renung-renungkanlah...
Tuesday, May 12, 2009
LAGU-LAGU BARU YANG BOLEH DILAYAN
1. Siti Nurhaliza - Di Taman Teman
2. Tomok OIAM - Rinduku Terhenti
3. Rossa feat Pasha Ungu - Terlanjur Cinta
Selamat berhibur...
SAPE NAK BELI KERETA???
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Kerajaan Negeri Selangor telah membuka tender bagi melupuskan kenderaan rasmi kerajaan terdahulu (Proton Perdana). Tender ini telah mula dibuka dan akan ditutup pada 20 Mei 2009. Kenderaan-kenderaan tersebut boleh dilihat bermula 11 Mei 2009 hingga 13 Mei 2009 di antara jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang di Dataran Dewan Undangan Negeri Selangor, Bangunan SSAAS, Shah Alam, Selangor.
Harga tender adalah seperti berikut:
1. Proton Perdana V6: BHE 37 ~ RM28,000.00
2. Proton Perdana V6: BFU 22 ~ RM43,700.00
3. Proton Perdana V6: BKF 5107 ~ RM38,700.00
4. Proton Perdana V6: BKF 5108 ~ RM28,000.00
6. Proton Perdana V6: BHL 100 ~ RM28,000.00
7. Proton Perdana V6: BHG 318 ~ RM28,000.00
(Deposit Tender : 10%)
Borang Tender Pelupusan Aset Kerajaan (KEW.PA 22) boleh diperolehi dan dihantar ke alamat berikut:
Tingkat 1, Bangunan Annex,
Dewan Undangan Negeri Selangor
40680 Shah Alam, Selangor D.E.
Sumber: Tender Kerajaan Negeri Selangor [No.Tender: 1/2009(DUN)]
Monday, May 11, 2009
Kisah RemPit...
Baru-baru ni ada kenyataan bahawa gejala rempit semakin menular akibat dari tayangan filem-filem. Tapi macam kelakar pulak bila ada beberapa wartawan hiburan yang cuba menegakkan benang basah. Mereka cuba mengatakan filem-filem seperti ‘Remp-It’, ‘Bohsia’ dan sebagainya bukan penyebab kepada penularan gejala rempit dan bohsia ni. Sayang sebab mereka hanya memandang kepada ‘seni hiburan’ tanpa melihat kepada ‘seni kemanusiaan’. Memang matlamat utama penerbitan filem-filem tersebut berlapikkan motif pengajaran. Tetapi soalannya sekarang, sampai ke mesej-mesej tersebut? Pernahkah kita dengar orang kita insaf lepas tonton filem yang ditayangkan? Hebatlah filem kita kalau ade.. Tapi rasanye takde.. Ape yang sampai kepada penonton adalah keseronokan dan hiburan semata-mata. Mesej yang sampai kepada mereka adalah kehidupan mat rempit ni menyeronokkan selagi belum ‘accident’ atau mati… Gaya hidup bebas, artis/pelakon berpelukan ghairah dengan pakaian tak cukup kain lebih senang melekat dalam minda mereka… Lebih senang mereka ikut.. Malah mungkin yang sebelum ni tak pernah buat pun teringin nak buat.. Belum lagi aksi-aksi mat rempit yang ditunjukkan dalam filem-filem tu… Mungkin mat-mat rempit junior akan cuba untuk meniru gaya yang dipaparkan… Jadi, sekali lagi persoalannya… sampai ke mesej positif yang digebang oleh pengarah-pengarah filem nie…?
Aku bukannye nak kondem atau mengutuk filem-filem Malaysia.. Cuma bagi aku pengarah-pengarah filem kena lebih kreatif dan sensitif… Kalau betul nak create satu filem tu untuk pengajaran, buat la betul-betul… Biar lepas keluar dari panggung atau lepas tonton sesebuah cerita, penonton akan terasa sesuatu dalam hati mereka.. Tak semestinya apabila nak cerita tentang mat rempit perlu tunjuk segala skill dan corak hidup liar mereka… Masyarakat kita sudah pun tahu ape yang dimaksudkan dengan mat rempit nie… So just focus on the message that you want to deliver… Kepada wartawan-wartawan hiburan yang berkaitan… jangan fikir tentang hiburan semata.. Fikir-fikirkan tentang masa depan bangsa dan negara kita sekali ye…
Sekian coretan aku untuk pertama kali nie…
Assalamu’alaikum…
Nukilan untuk Mak... (sempena Hari Ibu)
Saturday, May 9, 2009
Welcome to my blog!!!
Dunia blog adalah merupakan satu yang common at this time.. But i hope that i'm not too late to be one of the bloggers... Tak tau la sempat ke tak nak update blog ni slalu as i'm too busy with my current job yang begitu sukar memberikan ruang untuk bergumbira... And now i haven't yet decide what to be written on my blog... Just support me kay!!!