Followers

Friday, May 29, 2009

Sepi Itu Aku

SEPI ITU AKU
(Menuju Alam Barzakh..)

Terang..
Gelap...
Di sekelilingku hanya sunyi..
Biar siang...
Biar malam...
Diriku sendiri sepi...

Di mana teman tawa..
Ke mana kawan air mata...
Semua hilang entah ke mana...
Hanya aku berteman sepi..
Terkaku aku sendiri..

Di kiri kanan hanya gelita..
Melihat segala noda dan dosa..
Oh Tuhan..
Terlewat kah aku kerana masa..
Sempatkah aku menebus segalanya..
Tidak..
Tidak lagi di kala ini...

Aku bukan lagi seperti dulu..
Bebas berlari mengejar dunia..
Kini sepi aku sendiri..
BertemuMU...
Rabbul 'Alamin...

Thursday, May 21, 2009

Memberku...



Lepas selamat celebrate besday mak aku semalam, aku gerak ke Bandar Utama pulak.. Lebih kurang kol 1.15am... Bukan buat ape pun, saje jumpa member aku.. He is one of my best friend masa aku study kat UMS dulu... Nama dia Al Maloh @ David.. Orang Dusun dari Ranau, Sabah... Dia keje kat Padini, Kota Kinabalu.. Outlet kat Warisan Square KK... Kebetulan dia ada annual dinner kat KL.. Jadi aku pun tak lepaskan peluang jumpa mamat ni.. Dah berisi sikit dia sekarang... Tapi aku berisi banyak.. huhu... Kitorang lepak kat Rasta Cafe di Taman Tun Dr. Ismail.. Banyak yang kitorang sembang semalam... Tapi rentak cerita mungkin dah berbeza kalau dibandingkan ngan time belajar dulu.. Ye la.. Masing-masing dah ade haluan sendiri... Akhirnya, lepas jam menunjukkan kol 2.30am, barulah kitorang beransur... zzzz...

Selamat Hari Jadi, Emak...


20 Mei... ni tarikh hari lahir mak aku... boleh kata setiap tahun kami anak-anak akan buat sambutan... walau macam mane sengkek pun poket ni.. mesti buat jugak... :) Kalau dulu masa kecik mak selalu buat kek bila hari jadi kitorang... Bukan berduit sangat masa tuh.. tapi sebagai memeriahkan hidup anak-anak, mak buat jugak.. So tak salah la kitorang buat menda yang sama.. Janji mak happy, gembira... Apa yang aku harapkan ikatan kasih sayang kami sekeluarga akan lebih kukuh dan utuh...

Semalam kami berkumpul lagi untuk sambut bday mak... Macam biasa mesti ade surprise... Aku ngan adik aku balik senyap2... pasang lilin kek.. pastu suruh adik panggil mak, kononnya ade orang datang.. mak meluru ke depan.. pastu terkejut tengok ade kek.. ade anak-anak dia kat ruang tamu nyanyi lagu Happy Birthday... ketawa besar mak semalam... seronok tengok dia ketawa..

Menu kali ni lebih kurang je.. adik aku beli satay ngan bebola ikan dan daging... Aku kononnya nak tempah kuey teow goreng.. tapi makcik yang aku nak tempah tu ada hal.. last2 aku masak sendiri la... x la sedap macam mak masak.. tapi ayah amik ati kata aku boleh bukak kedai... Aku masak kat rumah sewa sebelum balik ke Bangi lepas balik keje.. Ada la tinggal sikit untuk bebudak umah sewa.. Bila aku balik malam tadi dah licin.. Em. betul la sedap kot.. X pun diorang kebulur...

Mak dapat handbag tahun ni... Memang dia teringin nak beli handbag baru.. So kitorang carikan sebijik biar dia bleh buat bergaya kenduri kawin adik aku nanti... Ape pun.. semoga mak gembira dengan besday dia semalam.. Yang penting.. Aku Sayang Mak Aku!!!

Thursday, May 14, 2009

Tanggungjawab Sesama Muslim



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni hari Jumaat.. Penghulu segala hari.. Hari yang penuh keberkatan jika kita pandai mengimplementasinya... Lihatlah hari ini.. Bagaimanakah sikap manusia di sekeliling kita? Ramai yang bercakaran sesama sendiri hanya disebabkan oleh kerakusan mendapatkan kuasa hingga lupa pada Yang BERKUASA.. Lebih menyedihkan, yang bercakaran ini adalah saudara sesama Islam... Mungkin kadangkala kita terlupa dengan tanggungjawab di antara kita sebagai khalifah di muka bumi ini...


Suka saya memetik dari Hadis 40 - Imam Nawawi:

Hadis ke-35

Dari Abu Hurairah r.a, katanya : ” Telah bersabda Rasulullah SAW : ‘ Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan jangan kamu tipu-menipu, dan jangan benci-membenci, dan jangan musuh memusuhi, dan jangan kamu berjual beli atas jual beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekelian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim adalah bersaudara sesama Muslim, tidak boleh menganiayanya, tidak boleh membiarkannya tertindas, tidak boleh mendustainya dan tidak boleh menghinanya. Taqwa itu berpunca dari sini – sambil Nabi SAW menunjukkan ke dadanya tiga kali. Sudah memadailah kejahatan seorang itu jika ia menghina saudaranya yang Islam. Seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya.

Jadi agaknya, dimanakah kita sekarang? Bagaimana dengan tanggungjawab dan amanah yang kita pikul sepanjang diberikan peluang untuk berada di atas muka bumi ini. Renung-renungkanlah...

Tuesday, May 12, 2009

LAGU-LAGU BARU YANG BOLEH DILAYAN

Ni antara lagu-lagu baru (agak baru la...) yang bley dilayan... Donlod la...

1. Siti Nurhaliza - Di Taman Teman
2. Tomok OIAM - Rinduku Terhenti
3. Rossa feat Pasha Ungu - Terlanjur Cinta

Selamat berhibur...

SAPE NAK BELI KERETA???

TAWARAN TENDER PELUPUSAN ASET ALIH
KERAJAAN NEGERI SELANGOR




Kerajaan Negeri Selangor telah membuka tender bagi melupuskan kenderaan rasmi kerajaan terdahulu (Proton Perdana). Tender ini telah mula dibuka dan akan ditutup pada 20 Mei 2009. Kenderaan-kenderaan tersebut boleh dilihat bermula 11 Mei 2009 hingga 13 Mei 2009 di antara jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang di Dataran Dewan Undangan Negeri Selangor, Bangunan SSAAS, Shah Alam, Selangor.

Harga tender adalah seperti berikut:

1. Proton Perdana V6: BHE 37 ~ RM28,000.00
2. Proton Perdana V6: BFU 22 ~ RM43,700.00
3. Proton Perdana V6: BKF 5107 ~ RM38,700.00
4. Proton Perdana V6: BKF 5108 ~ RM28,000.00
5. Proton Perdana V6: BHD 1221 ~ RM29,000.00
6. Proton Perdana V6: BHL 100 ~ RM28,000.00
7. Proton Perdana V6: BHG 318 ~ RM28,000.00
(Deposit Tender : 10%)

Borang Tender Pelupusan Aset Kerajaan (KEW.PA 22) boleh diperolehi dan dihantar ke alamat berikut:

Tingkat 1, Bangunan Annex,
Dewan Undangan Negeri Selangor
40680 Shah Alam, Selangor D.E.

Sumber: Tender Kerajaan Negeri Selangor [No.Tender: 1/2009(DUN)]




Kereta Toyota Camry yang digunakan oleh Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri Selangor pada masa kini.

Monday, May 11, 2009

Kisah RemPit...

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera,

Baru-baru ni ada kenyataan bahawa gejala rempit semakin menular akibat dari tayangan filem-filem. Tapi macam kelakar pulak bila ada beberapa wartawan hiburan yang cuba menegakkan benang basah. Mereka cuba mengatakan filem-filem seperti ‘Remp-It’, ‘Bohsia’ dan sebagainya bukan penyebab kepada penularan gejala rempit dan bohsia ni. Sayang sebab mereka hanya memandang kepada ‘seni hiburan’ tanpa melihat kepada ‘seni kemanusiaan’. Memang matlamat utama penerbitan filem-filem tersebut berlapikkan motif pengajaran. Tetapi soalannya sekarang, sampai ke mesej-mesej tersebut? Pernahkah kita dengar orang kita insaf lepas tonton filem yang ditayangkan? Hebatlah filem kita kalau ade.. Tapi rasanye takde.. Ape yang sampai kepada penonton adalah keseronokan dan hiburan semata-mata. Mesej yang sampai kepada mereka adalah kehidupan mat rempit ni menyeronokkan selagi belum ‘accident’ atau mati… Gaya hidup bebas, artis/pelakon berpelukan ghairah dengan pakaian tak cukup kain lebih senang melekat dalam minda mereka… Lebih senang mereka ikut.. Malah mungkin yang sebelum ni tak pernah buat pun teringin nak buat.. Belum lagi aksi-aksi mat rempit yang ditunjukkan dalam filem-filem tu… Mungkin mat-mat rempit junior akan cuba untuk meniru gaya yang dipaparkan… Jadi, sekali lagi persoalannya… sampai ke mesej positif yang digebang oleh pengarah-pengarah filem nie…?

Aku bukannye nak kondem atau mengutuk filem-filem Malaysia.. Cuma bagi aku pengarah-pengarah filem kena lebih kreatif dan sensitif… Kalau betul nak create satu filem tu untuk pengajaran, buat la betul-betul… Biar lepas keluar dari panggung atau lepas tonton sesebuah cerita, penonton akan terasa sesuatu dalam hati mereka.. Tak semestinya apabila nak cerita tentang mat rempit perlu tunjuk segala skill dan corak hidup liar mereka… Masyarakat kita sudah pun tahu ape yang dimaksudkan dengan mat rempit nie… So just focus on the message that you want to deliver… Kepada wartawan-wartawan hiburan yang berkaitan… jangan fikir tentang hiburan semata.. Fikir-fikirkan tentang masa depan bangsa dan negara kita sekali ye…

Sekian coretan aku untuk pertama kali nie…
Assalamu’alaikum…
p/s: Gambar dan video dalam post ni adalah dari lakonan filem.. Bukan untuk ditiru atau dijadikan bahan.. Sekadar gambar hiasan semata-mata...

Nukilan untuk Mak... (sempena Hari Ibu)


Mak..
engkaulah ratu hatiku..
sedari kecil membesarkan ku...
dengan penuh kesabaran..
dengan penuh ketabahan..
dengan penuh kasih sayang...


Mak...
andai ditanya pada aku...
siapa insan teristimewa..
siapa orang paling disayang..
siapa gerangan bertakhta dihati..
tanpa ragu...
tanpa sangsi..
tanpa sesal..
pasti ku kata.. mak...


Mak..
Selagi nyawa dikandung badan..
kasih ku...
sayang ku...
jiwa ku..
jasadku...
akan sentiasa menjunjung nama mu...


Mak..
Andai ada salah laku...
terkasar bahasa..
terlanjur bicara...
sepuluh jari kususun..
kemaafanmu aku pohon..
kerana kutahu..
syurga firdausiku..
hanya ada padamu..


Aku Sayang Mak!!!


Saturday, May 9, 2009

Welcome to my blog!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dunia blog adalah merupakan satu yang common at this time.. But i hope that i'm not too late to be one of the bloggers... Tak tau la sempat ke tak nak update blog ni slalu as i'm too busy with my current job yang begitu sukar memberikan ruang untuk bergumbira... And now i haven't yet decide what to be written on my blog... Just support me kay!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...