Followers

Wednesday, January 6, 2010

SYAITAN CETUS SIFAT MARAH



Salam 1Malaysia,
Erm... kali ni aku nak share satu artikel yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk kita semua... Teringat lak lagu baru duet Siti & Krisdayanti yang bertajuk Amarah.. Mungkin ramai antara kita yang senang-senang nak marah walaupun tak payah marah pun takpe.. Ada orang pulak buat la macam-macam tapi susah betul nak marah.. Apa yang membuatkan kita marah?
Syaitan cetus sifat marah

MARAH satu daripada sifat tercela (mazmumah) yang dibenci Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Perasaan marah yang gagal dikawal sebenarnya boleh menimbulkan sifat keji lain seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh. Gagal mengawal emosi atau cepat naik angin biasanya berlaku ketika seseorang itu hilang pertimbangan.

Memang benar ada yang mengatakan ‘aku sudah meletup, memang aku tak boleh buat apa-apa.’ Tetapi lebih baik kita belajar menenangkan diri sebelum menghamburkan sebarang bentuk perkataan kepada pihak lain. Selain itu, melihatkan status diri sebagai insan yang berakal membolehkan kita menilai dulu sesuatu perkara sebelum melakukan sebarang tindakan yang bersandarkan desakan emosi semata-mata.

Ketika dalam keadaan marah, manusia sebenarnya dikuasai syaitan yang akhirnya akan berlaku suasana tegang seperti kawan bertengkar sesama kawan atau anak mengherdik ibu bapanya. Allah s.w.t berfirman bermaksud: “Dan Tuhanmu (Allah ) perintah, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa."

“Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘uh’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan-santun) .” (Surah al-Israk ayat 23).

Tidak kurang juga sifat marah yang timbul sesama kita, lebih-lebih lagi jika tiada persefahaman dalam sesuatu perkara. Satu pihak mula marah dengan pihak lain dan seterusnya mula timbul tuduh menuduh dan berprasangka buruk sesama sendiri. Lebih buruk, jika perasaan marah itu gagal ditenteramkan walaupun sebelah pihak mungkin sedaya upaya mententeramkan keadaan. Sebagai umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w menganjurkan kita beberapa teknik bagi mengawal perasaan marah.

Cara terbaik dengan mengeluarkan kata-kata berhikmah. Kata-kata yang baik terbit daripada hati yang suci dan boleh menjadi pedoman kepada manusia. Dari satu sudut lain, sifat pemarah senjata bagi menjaga hak dan kebenaran. Justeru, seseorang yang tidak mempunyai sifat marah akan dizalimi serta dicerobohi haknya. Tetapi perkara tercela adalah sifat marah yang tidak kena pada tempatnya. Justeru, sebelum mengeluarkan kata-kata yang tidak elok ditutur, lebih baik sekiranya segera beristighfar.

Namun, kita sebenarnya tidak boleh menjadikan marah itu sebagai ukuran tepat untuk menggambarkan perasaan tidak puas hati. Kita masih mempunyai masa bagi mengawal percakapan daripada menuturkan kata-kata berunsur herdikan, cacian seterusnya membibitkan perasaan marah yang tiada taranya. Ini kerana setiap manusia mempunyai hati dan perasaan yang perlu dijaga. Kita sebenarnya tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil jalan ‘pintas’ iaitu terus memarahi tanpa menyelidiki pokok pangkalnya. Sudah tentu, tindakan marah kita itu akan menjadi sia-sia serta menjarakkan hubungan persaudaraan.

Walaupun orang yang dimarahi itu melakukan kesilapan, sekurang-kurangnya mereka perlu memberi peluang daripada melemparkan perasaan marah berkenaan. Marah boleh, tetapi jangan menjadi orang yang mempunyai sifat pemarah. Sebenarnya, apa yang terkandung daripada sifat marah itu perasaan benci terutama jika emosi menebal itu gagal dikawal sehingga terhambur perkataan cabar mencabar sehingga sanggup memberi ancaman kecederaan dan bunuh kepada individu lain.

Rasulullah s.a.w menganjurkan umatnya supaya tidak menjadi seorang yang pemarah seperti diriwayatkan Abu Hurairah, ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: “Berpesan kepadaku! Baginda berkata: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta supaya dipesan. Namun baginda masih tetap berkata: Jangan marah!” (Riwayat al-Bukhari).

Bagi mengubati penyakit marah ini, Islam mengajar umatnya menahan diri ketika marah dan sabar apabila melawan hawa nafsu yang meluap-luap itu. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang menggelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah).” (Riwayat al-Tirmidzi) .

Sebenarnya, sifat marah itu dicetuskan syaitan yang dijadikan daripada api. Oleh itu ingatlah api itu boleh dipadamkan dengan air. Apabila seseorang itu sedang marah, sebaiknya dia hendaklah segera berwuduk, kerana air yang disapukan pada anggota wuduk bukan saja dapat menjauhkan diri daripada godaan dan hasutan syaitan, malah ia dapat menyejukkan muka dan anggota badan kita yang ‘membara’ akibat marah itu.

Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: “Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api.” (Riwayat Abu Daud). Mereka yang dapat menahan dirinya daripada dikuasai sifat marah akan mendapat ganjaran setimpal dengan usahanya. Rasulullah bersabda bermaksud: “Janganlah kamu marah dan bagi kamu balasan syurga.” (Riwayat al-Bukhari).

Sekiranya kita dimarahi, janganlah pula menambah buruk lagi keadaan. Kita harus memainkan peranan bagi memadamkan api kemarahan itu. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya.” (Surah al-Syura ayat 37).

Antara langkah untuk mengawal dan mendidik diri supaya lebih bersifat tenang:
  • Cuba pertimbangkan keadaan yang menyakiti hati itu. Fikirkan sama ada kemarahan kita itu mempunyai alasan kukuh atau tidak.
  • Jangan menyalahkan orang lain. Beri tumpuan kepada punca sebenar yang mencetuskan kemarahan kerana ia mungkin juga berpunca daripada diri kita sendiri.
  • Perbaiki keadaan selepas kita berada dalam keadaan tenang dan terkawal. Jangan lepaskan kemarahan kepada orang lain semata-mata kerana tidak puas hati dengan individu lain.
  • Dapatkan rehat dan tidur secukupnya selain makan makanan berkhasiat kerana apabila badan letih, ia akan menyebabkan seseorang itu lebih cepat naik marah.
  • Amalkan senaman ringkas selama beberapa minit setiap hari bagi mengurangkan ketegangan.
  • Jadi seorang pendengar yang baik. Sifat orang pemarah adalah dia sangat sukar mendengar pendapat orang lain kerana merasakan tindakan serta pendapatnya mengatasi orang lain.
  • Jauhi amalan yang menjadi punca perkelahian seperti suka merendah-rendahkan, memperlekeh serta mengherdik orang lain lalu digantikan dengan sifat memuliakan orang.
  • Amalkan bacaan A’uzubillah himinasyaitaannirra jiim (Aku berlindung kepada Allah s.w.t daripada syaitan direjam) selain tidak meninggalkan solat kerana di dalamnya terdapat kesan hebat yang boleh menerbitkan perasaan tenang jika diamalkan dengan sepenuh ikhlas.

Wallahu'alam bissawab....

Monday, January 4, 2010

HANYA SEMALAM

Ni lagu baru nyanyian duet Dato' Siti Nurhaliza dan M. Nasir yang bertajuk Hanya Semalam.. Sedang menunggu proses rakaman studio. Yang ni version live dinyanyikan di Konsert Bagaikan Sakti di Singapura baru-baru ini. Boleh layan juga lagu ni.. Macam lagu lama tapi menghiburkan...


Sunday, January 3, 2010

JALAN-JALAN 1FAMILI

Salam 1Malaysia,
AHAD, 3 Januari 2009
Hujung minggu kali ni dihabiskan bersama ahli keluarga aku. Kali ni kitorang buat aktiviti santai kat Taman Botani, Putrajaya. Best jugak sesekali wat camni. Dapat la rapatkan ikatan kekeluargaan... Adik aku, Azam nak belanja makan satay kajang. Mak lak sempat masak nasik, ikan bakar ngan rendang daging.. Sedap wooo...!!!
Dalam pukul 3.30pm kitorang gerak ke Taman Botani... Lepas makan, kitorang mulakan sessi bergambar.. Sempat gak amek gambo satu famili.. Bebudak ni ape lagi.. bergaya sakan la dorang.. Nasib baik la kamera henpon aku ni 5 megapix.. Cun gak la gak gambor nye.. (Jangan mare ye pengguna2 iPhone China tuh...)
Sambil posing-posing tuh kitorang ronda-ronda la keliling Taman Botani tuh.. Banyak gak pokok-pokok yang aku kenal.. Dorang ade koleksi pokok Helicornia, Ara, Cyrtostachys (Pinang Raja), Livistonia Chinensis (Palma Kipas) dan banyak lagi.. Erm.. geram gak tengok pokok-pokok nih.. Maklum le.. Ex-Rimbawan kan..

Saturday, January 2, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,



Alhamdulillah, kita telah pun masuk ke tahun baru 2010. Biasa nye bila dah masuk tahun baru ni orang akan tanya pasal azam.. Bagi aku, malas nak letak azam yang beriya sangat.. takut kalau tak tercapai nanti, sakit ati lak.. Ape pun aku harap tahun ni akan lebih baik dari tahun sudah... Harap dapat meningkatkan taraf kehidupan dan berjaya dengan apa yang aku usahakan. InsyaAllah.. So apa azam korang?

Wednesday, December 30, 2009

MAKAN TOGETHER!!


Salam..
Dah lama famili aku (yang dikenali ngan nama HUSMARIDA) tak makan luar bersama. Tapi baru-baru nih, dapat gak peluang makan 1Famili.. Semua ada.. Time tuh balik dari KL.. Dah penat, sure tak larat nak masak.. So kitorang decide makan kat luar je..
On the way balik rumah, kitorang singgah makan kat Restoran Azura kat Seksyen 3 Tambahan. Bos kedai ni jiran kitorang.. Dulu bukak kedai kuih depan rumah je.. Sekarang dah ade kedai sendiri. Boleh tahan sambutan kedai dia.. Masakan pun ok.. Servis ok.. Patut la boleh bersaing dengan 2 kedai mapley depan kedai dia.. Bangga aku ade orang Melayu yang gigih camni..

Saturday, December 12, 2009

My Trip To KK

Salam...



11-13 Disember lalu cuti aku dihabiskan di bandaraya Kota Kinabalu.. Sangat berbeza KK sekarang dengan KK yang pernah ditinggalkan 7 tahun lalu.. Pembangunan yang pesat telah berlaku sekarang.. Tahniah untuk Bandaraya Kota Kinabalu...

Centre Point.. (tempat melepak dulu-dulu...)

Aku bertolak petang Jumaat (11/12/2009) ngan AirAsia.. Patut flight kol 5.45ptg tapi delay 15 minit.. Sampai dalam kol 9.05mlm.. Nasib baik Cik Huda Hela Ladin sudi menjemput.. Perut pun lapar dah... kebetulan Huda nak jumpa member lama dia.. So kami makan di Grace Point, Sembulan.. Ni pun takde dulu ni.. Lepas tu Huda hantar ke hotel.. Check in.. mandi-mandi sket.. Keluar minum pulak ngan AlMaloh, member lama aku kat UMS dulu.. Lepak sampai kol 12.30malam.. Lepas tu balik hotel tido..

12/12/2009:
Sarapan kat Restoran Sri Sempelang.. pastu bermula la ronda-ronda di sekitar bandar KK ni.. banyak gak tempat yang mengimbau balik kenangan zaman jadi student dulu.. Kebetulan hotel yang aku duduk tu takde provide iron (hotel budget la katakan...) terpaksa la hantar baju iron kt dobi.. So dari Kampung Air jalan ke Gaya Street, pusing ke Segama, jalan ke Sinsuran, masuk CenterPoin.. huhu... dulu ni la tempat aku melepak.. sebab takde pasaraya besar yang lain.. sekarang dah banyak pasaraya besar...

Sempat gak singgah ke restoran mamak kegemaran aku kat tingkat bawah CP ni.. menu favourite aku dari dulu.. Mee Goreng Ayam Goreng.. Pergh!! Rasanya tak ubah dari dulu.. sama je..


Mee Goreng Mamak kegemaranku...

Kol 2ptg ada meeting terakhir untuk Majlis Makan Malam Alumni SPTA yang pertama kat 1Borneo.. Nasib baik ada si Emdy.. ade la transport nak ke sana.. si Sharidan pun tiba-tiba muncul (sebab dia cakap nak ke Kundasang..) So itulah pertama kali aku attend meeting committee alumni nih.. huhu.. lepas meeting/briefing sempat kitorang gi PC Fair kt tingkat bawah tuh.. jumpa plak si Penk a.k.a Pangeran... Bapak orang dah dia sekarang..
Penk yang dah jadi bapak orang..

Kol 3.30ptg balik hotel, rehat2 jap sementara nak tunggu dinner malam nanti.. Kol 6.oopm bergerak ke 1Borneo ngan Emdy & Sharidan... Seronok nye dapat jumpa member dan lecturer yang pernah mengajar dulu.. Lewat gak abes dinner tu pasal ade AGM lak lagi.. Anyway.. thanks to all rimbawan yang hadir malam tuh.. Next time kita jumpa lagi. So malam tu balik kol 1.00am.. Terus tidur..

13/12/2009:
9.00am.. Keluar sarapan dengan Emdy before he went back to Keningau.. Then teman kan si Maloh breakfast kat kedai mamak kegemaran aku.. hehe..


Maloh yang sedang breakfast...

Lepas tuh, aku balik hotel.. packing barang.. terus check out... tumpang beg kat kaunter hotel.. Aku pun merayap gi pasar Tamu Gaya Street.. Still macam dulu.. Sempat la rembat gelang kristal & mutiara untuk mak & opah aku.. Pastu jalan plak gi Pasar Filipin.. Tengok-tengok je.. beli amplang ngan kuih cincin sket..


Pasar Filipine...

Sedar-sedar dah pukul 5.30pm... Nak kena gerak gi Airport dah. Sekali lagi Cik Huda Hela Ladin menawarkan perkhidmatan limo nye untuk ke airport.. Nak belanja makan pun, dia ade dinner ngan kawan dia.. So tepon la si Sharidan, mintak teman sementara tunggu flight..


Makan KFC ngan Sharidan...

So, overall.. i'm happy with my trip this time.. sorry kepada kengkawan yang tak berkesempatan untuk ditemui.. Next time aku ke KK, insyaAllah kita berjumpa ye...
Salam 1Malaysia...

Wednesday, December 9, 2009

Update!!!

Salam...


Lama betul rasanya tak update blog nih.. Sibuk sangat atau tak berkesempatan nk update.. Sekarang baru ada sedikit kelapangan untuk menulis di dalam blog ni.. Bulan 11 aritu adalah bulan yang sangat sibuk.. Sibuk sebab ada sambutan Hari Q dan pembukaan opis JPPH Klang. Kalau ikut asal, dalam jawatankuasa aku cuma pengacara majlis je.. Kerja mudah bagi aku.. tiba-tiba muncul idea dorang nak buat video untuk JPPH Selangor.. Laju je jari dituding kat aku.. Pastu last minute mintak wat poster lak.. So dari yang senang dah jadi susah payah.. Disebabkan video tu aku terpaksa balik lewat dari opis.. Pernah sekali tu jam 2.30 pagi baru dapat balik.. Ramai kengkawan bising.. dorang tanya apa yang aku dapat.. bagi aku, biarlah.. Tuhan Maha Adil.. aku percaya Dia ada hadiah untuk aku nanti. InsyaAllah..


Ni antara hasil keje aku..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...