Followers

Wednesday, December 29, 2010

Nasib Gudel Si Gurita

Gudel Si Gurita (Kurita)


Semalam telah berlangsungnya perlawanan akhir kedua bagi Piala AFF Suzuki 2010. Ternyata Malaysia akhirnya berjaya membawa pulang piala tersebut untuk pertama kalinya ke Malaysia. Manakala team Indonesia terus kempunan untuk kali keempat dalam percubaan mereka merampas piala itu. Apa yang menarik mengenai perlawanan ini, rakyat Indonesia begitu taksub untuk menang sehingga wujudnya sotong yang dikatakan bakal menggantikan 'Paul' yang meramal dengan tepat pada Piala Dunia yang lalu. Setelah dua jam menunggu, sotong itu akhirnya memilih team Indonesia. Malangnya, ramalan sotong yang dinamakan 'Gudel' itu ternyata salah. Aku rasalah kan.. sotong tu saja nak ambil hati orang Indonesia. Lagipun, kalau dia pilih kotak Malaysia pada masa tu, confirm dia akan bertukar menjadi sambal nasi lemak hari tu juga. Jadi, apakah nasih si Gudel pada hari ini?


Team Malaysia

Apa pun, tahniah untuk team Malaysia. Syabas di atas usaha yang telah diberikan. Untuk penyokong pula, selamat bercuti dan selamat tahun baru. Tahun depan kita gempur lagi!!!

Thursday, December 23, 2010

JADUAL PEMBAYARAN GAJI TAHUN 2011


Salam...

Tahun 2010 dah nak berakhir. So aku nak kongsi jadual pembayaran gaji untuk tahun 2011. Bukan ape.. Supaya korang boleh la membuat perancangan awal. Nak buat kenduri ke, nak kahwin lagi ke, nak pergi bercuti ke.. Haha..


Sunday, December 19, 2010

HATI-HATI PENIPUAN DI TELEFON

Salam kengkawan semua..

Baru-baru ni aku terima message dari nombor yang tak dikenali. Kononnya menyamar jadi 'Ayah' aku yang ada masalah kat balai polis. Suruh aku topupkan dia RM 50, siap ade nombor baru ayah aku kononnya. Nasib baiklah aku dah pernah terdengar taktik macam ni. Ada sesiapa yang rajin nak buat repot polis? Nombor semua ada dah tuh..
Untuk kengkawan sekalian, hati-hatilah dengan penipuan macam ni. Mesej tak berbayar ini dibawakan oleh ZahidZidane.. hehe..

Thursday, December 16, 2010

Undang-undang pemilikan hartanah kita terlonggar di dunia??


Berita dalam Utusan hari ini menyatakan undang-undang pemilikan hartanah di negara kita adalah yang terlonggar di dunia? Pernyataan ini menunjukkan petanda mengapa rakyat kita terutama orang Melayu yang berpendapatan rendah begitu sukar memiliki hartanah sendiri. Patutlah ramai warga asing dengan senang hati membeli tanah dan rumah di negara kita. Tengok je la kat kawasan rumah mewah di The Mines dan Kinrara.. Rata-ratanya dimiliki oleh orang asing dengan harga yang sangat tinggi.. Kita?? Mampu ke??

p/s: orang kita lebih suka menggadai tanah daripada membeli tanah...


Petikan dari Utusan Malaysia


KUALA LUMPUR 16 Dis. – Undang-undang pemilikan hartanah di Malaysia adalah paling longgar di dunia dan keadaan ini menarik kehadiran pelabur asing sehingga menjejaskan peluang rakyat negara ini.

Persaingan itu menyebabkan nilai sektor berkenaan melambung mencecah paras terlalu tinggi dan berada di luar kemampuan mereka, kata Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Penilai, Pengurus Harta, Ejen Harta dan Perunding Harta Swasta Malaysia (PEPS), Y. H. Ooi.

Beliau yang juga Pengarah Urusan Knight Frank, berkata, nisbah permintaan hartanah antara rakyat tempatan dan asing pada tahun ini adalah 70:30 dan berdasarkan perkiraan semasa, jumlah penguasaan rakyat asing akan meningkat tahun hadapan.

Menurutnya, walaupun peningkatan nilai hartanah membantu meningkatkan ekonomi negara tetapi ia juga memberikan impak negatif kepada rakyat sekiranya tiada kawalan.

Ooi mendakwa, tiada sebarang had dikenakan kepada para pelabur asing dari segi pemilikan jumlah aset dan lokasi sekiranya ingin memiliki hartanah di Malaysia.

Beliau menjelaskan beberapa negara seperti Australia dan Singapura mempunyai undang-undang ketat terhadap pemilikan hartanah di kalangan pelabur asing.

“Antaranya had bilangan aset, hanya boleh membeli aset yang sedang atau belum dibina dan pelbagai lagi bagi melindungi kepentingan rakyat tempatan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini sempena Sidang Kemuncak Hartanah Malaysia 2011 yang akan diadakan pada 18 Januari depan.

Turut hadir bekas Ketua Pengarah Penilaian, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Datuk Mani Usilappan yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif PEPS dan Presiden PEPS, Choy Yue Kwong.

Ooi berkata, faktor persaingan ini menyebabkan nilai hartanah di kawasan bandar melonjak tinggi dan langsung tidak mampu dimiliki oleh rakyat berpendapatan sederhana serta ke bawah.

“Kita tidak mampu menandingi kuasa beli pelabur asing dan akhirnya hanya mampu melihat aset strategik dimiliki orang luar. Sesuatu perlu diambil untuk menilai semula masalah ini,” kata beliau.

Ooi menambah, pelabur asing yang banyak memiliki aset di Malaysia adalah dari Singapura, Hong Kong, Indonesia, Eropah dan rantau Asia Tengah.

Lokasi yang menarik perhatian mereka adalah Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Klang atas faktor infrastruktur dan kemudahan yang serba lengkap.

Mani pula menjelaskan, sekiranya keadaan itu berterusan, mungkin akan timbul persoalan sama ada industri hartanah tempatan dibina untuk rakyat atau pelabur asing.

Sementara itu, Yue Kwong berkata, nilai hartanah di Asia termasuk Malaysia dijangka terus meningkat pada tahun depan berikutan pertumbuhan ekonominya yang positif meskipun berlaku kemerosotan di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Katanya, keadaan ekonomi luar yang tidak menggalakkan akan menyaksikan dana pelaburan khususnya sektor hartanah bakal beralih ke Asia dan Malaysia turut mendapat faedahnya berdasarkan kemudahan infrastruktur sedia ada.

Beliau berkata, permintaan tinggi dalam sektor hartanah tempatan akan meningkatkan kadar kecairan pasaran dan nilai hartanah khususnya di Kuala Lumpur.

“Peningkatan nilai hartanah pada tahun depan mungkin tidak setinggi tahun ini yang mencatat peningkatan 30 peratus kerana pertumbuhan ekonomi negara dijangka perlahan,” jelasnya.

Bangunan Pelik Serata Dunia

Bidang arkitektural adalah satu bidang yang membolehkan seni dan arkitektural itu disatukan. Lazimnya kita melihat bangunan di bandaraya dibina dengan ciri-ciri simetri walaupun fizikalnya unik. Kalau di Malaysia kita boleh melihat bangunan KLCC, Menara Rebung dan banyak lagi. Tetapi terdapat juga bangunan yang dibina dengan rekabentuk yang pelik dan menarik perhatian kita. Hari ini saya kongsikan beberapa bangunan pelik yang terdapat di serata dunia.

1. The Urban Cactus, Netherlands.


2. Wocozo's Apartment, Amsterdam.


3. Crooked House, Poland


4. Solar furnace, France


5. Dewan Konsert Walt Disney, California


6. Habitat 67, Canada


7. Tempat menunggu bas di sebuah kompleks membeli belah di Ventura, California


8. Dancing building, Republik Czech

9. Wonderworks, United States


10. The Basket Building, United States



Sumber: Google University

Wednesday, December 15, 2010

Untuk renungan insan yang bernama wanita...

Untuk renungan insan yang bernama wanita...

30 Larangan bagi Wanita

1. Menyambung rambut palsu
2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lalaki lain
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
9. Derhaka kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
15. Menyerupai lelaki
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami
17. Memandang aurat wanita lain
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan
19. Masuk permandian awam
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah
21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seseorang
23. Menghantar jenazah
24. Mempercayai dukun dan peramal
25. Menyumpah anak-anak sendiri
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim
27. Menganiaya pembantu
28. Mengganggu jiran
29. Minta cerai kerana suami sakit
30. Minta cerai kerana suami menikah lagi

19 Hadis Rasulullah SAW mengenai wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Monday, December 13, 2010

Oh! Media... kau pun boleh buat silap...

Oh! Media ni salah satu page yang selalu mendapat perhatian kat Facebook.. Pada aku ada sesetengah topiknya menarik untuk kita baca.. Cuma kadang-kadang ada topik yang tak sesuai dan mungkin memalukan orang atau pihak lain.. Ramai juga yang menegur tapi nampak gayanya Oh! Media ni buat 'derk' aje sebab mungkin dorang rasa dorang ni kebal atau maksum... Kat page gambar Oh! Media pun siap ada ruang 'Phailed' untuk menunjukkan kesilapan website-website orang. Adakah mereka tidak membuat kesilapan? Ni kesilapan bahasa yang dikesan di Oh! Media hari ini... Peminat tegar jangan marah ye...

Segala berperingkat?? Bukan sepatutnya 'secara' berperingkat ke??
Tahta?? Takhta la yang.. huhu...


Wednesday, November 10, 2010

AWASI HADIS PALSU: 4 MAKANAN YANG DILARANG KEPADA PENGANTIN BARU

Saya ada menerima email dan juga Notes yang dicatat di laman Facebook ini. Tajuknya agak menarik tetapi setelah saya buat carian dan kajian untuk kesahihan hadis ini, didapati ia merupakan HADIS PALSU. Dari carian yang saya terima, ini adalah keputusannya:


Hadis ini disebutkan oleh Ibnul Jauzi dalam kitab beliau kumpulan hadis maudhu (palsu); juga dihukumi sebagai hadis maudhu (palsu) oleh Asy-Syaukani dalam kitab Al-Fawaid Al-Majmuah dan juga oleh Al-Albani dalam Silsilah hadis lemah dan Palsu.

Kesimpulannnya hadis ini PALSU.

(Hadis ini disebutkan dengan sanadnya dalam kitab “Al-Amali” atau “Al-Majlis” karya : Abu Ja’far Muhammad bin Ali bin Husain bin Babawaih (w. 381 H) dan dikubur di Ray di Iran.

Beliau termasuk ulama Syiah.



E-mail dan notes yang saya baca itu bunyinya begini:


RASULULLAH S.A.W. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :

"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dariMujahid daripada Al-Khudri yang berkata :"Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali binAbi Talib r.a di mana baginda telah bersabda : "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya . Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh ( 70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu,! dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh (70) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan(gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalamrumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 )jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :

1. Susu 2. Cuka 3. Coriander (Ketumbar) 4. Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"

Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empatperkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak."Saidina Ali r.a ! bertanya :"Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..?(semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan)." Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidakakan bersih selama-lamanya secara sempurna . Mengenai Coriander (ketumbar) iamengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkankepadanya kelahiran. Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya."

Thursday, October 28, 2010

FINAL PIALA MALAYSIA: Kelantan vs N. Sembilan

Salam to all...

Final Piala Malaysia semakin hampir. Bahangnya semakin dirasai. Pertemuan tahun lalu kini berulang lagi. Stadium Shah Alam akan menjadi saksi perlawanan akhir untuk musim ini... Apakah keputusannya? Mampukah Negeri Sembilan mempertahankan piala keramat yang berada di genggamannya? Atau Kelantan akan terus menggasak dan membalas dendam apabila seringkali gagal meraih piala ini walau telah beberapa kali ke final?

Komen aku?? No komen!!! Aku orang Selangor... Hahaha!!!

Tuesday, October 26, 2010

If you don‘t like your job....

If you don‘t like your job, just be glad that …


You are not an Electrician in China …


… or a plumber in Hungary …


… or a delivery service employee in Asia …


… or a deodorant tester in Germany …


… or a Zoo keeper in America …


… or a Horse Whisperer in England …




… or a Ditch Digger in Poland …

… or what is really a shitty job …


… a mobile toilet !



Just be thankful for your job ! And now hurry back to your job !

p/s: Dipetik dari e-mail

Sunday, October 24, 2010

CARA NAK PRINT SLIP GAJI

Perhatian kepada sumer penjawat awam.. Mulai sekarang, kita kena print slip gaji sendiri.. Bagi yang tak berapa nak tau kaedahnya, di sini saya menyediakan perkhidmatan tutorial mudah secara percuma. Bagi pahala sket cukup la.. Heheh..

1. Mula-mula bukak la website Jabatan Akauntan Negara, klik sini.
2. Paparan berikut akan dipaparkan. Klik pada e-Penyata Gaji.

3. Kemudian akan keluar paparan ini, klik pada 'Pertama Kali Mendaftar'
4. Selepas itu, paparan berikut dipaparkan. Isikan maklumat diri anda. Peringatan: Sila ingat KATA LALUAN anda.


Tekan OK. Tahniah, anda telah didaftarkan...

5. Untuk mencetak slip gaji anda, buka semula paparan Log In. Masukkan No. I/C dan Kata Laluan anda. Paparan berikut akan dipaparkan. Di bahagian tepi, terdapat item Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan. Klik pada perkataan Sendiri.


6. Paparan berikut akan dipaparkan. Anda boleh memilih bulan atau tahun untuk mencetak slip gaji anda.

6. Slip gaji anda akan dipaparkan dalam bentuk PDF seperti berikut:
Semoga tutorial ini dapat memberikan anda maklumat yang berguna.

Sekian....

p/s: Laman web Jabatan Akauntan Negara mengalami kesesakan sekarang, akses mungkin akan jadi sangat perlahan atau lembab. Harap bersabar ye...

Friday, October 22, 2010

Update!!!

Salam..

Lama sungguh rasanye tak mengupdate blog ini... Sejak pindah ke pejabat baru di Putrajaya ni, kesibukan melanda saban hari.. Setiap hari akan dipenuhi dengan meeting, lawatan tapak atau perbincangan dengan bos atau komtraktor.

17 Oktober yang lalu, majlis pertunangan adik kesayangan, Nurul Hasiah telah selamat diadakan. Sempat gak aku menunjukkan skill membuat pelamin untuk majlis ini. Alhamdulillah semuanya telah selamat.

Hari ini aku bengang giler sebab akaun Facebook aku kena block. Kononnya dah langgar terms pihak Facebook. Dorang cuba nak detect samada aku pemilik sebenar akaun aku, tapi sistem dorang yang bengong tu telah menyebabkan akaun FB aku kena block.

So sekian untuk hari ini. Wassalam...

Wednesday, September 8, 2010

SALAM LEBARAN


Salam..

Sebulan Ramadhan berlalu.. kini tibalah lebaran nan mulia.. Aidilfitri pasti disambut dengan gembira. Semoga hari raya ini akan memberikan kita kesempatan untuk terus bersyukur dengan segala nikmat yang telah dilimpahkan oleh Allah SWT. Selamat menyambut Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin di atas segala kesilapan dan kekhilafan diri yang lemah ini.

Monday, August 16, 2010

HINA ISLAM TERUS BERLELUASA DI FACEBOOK


Assalamualaikum wbh..

Dalam kesibukan umat Islam mengerjakan ibadah puasa, kita sekali lagi dikejutkan dengan penghinaan kepada Islam dan ibadah mulia ini yang didapati di FACEBOOK. Apa yang menyedihkan, ia dilakukan oleh bangsa kita sendiri yang jelas telah hilang punca agamanya. Daripada post-post yang ada, jelas remaja ini tidak lagi berpegang kepada Islam dan cuba mewujudkan agama barunya. Saya pasti ramai yang akan merasa sakit hati apabila membaca post yang terpampang pada gambar di atas. Sama-samalah kita berdoa agar mereka ini diberikan hidayah oleh Allah SWT. Untuk rakan-rakan yang sudah bergelar ibu bapa, didiklah anak anda dengan didikan agama yang sempurna.

Tuesday, August 10, 2010

SELAMAT BERPUASA

Selamat menjalani ibadah puasa khusus untuk umat Islam di seluruh dunia. Semoga kita akan mendapat keberkatan dan manfaat daripada bulan yang penuh barakah ini. InsyaAllah.

Tuesday, July 27, 2010

PANTUN BERKASIH

Salam 1 Malaysia,

Dah lama tak post hasil karya aku dalam blog ni.. So ni aku post pantun-pantun yang pernah menjadi post untuk status di FACEBOOK aku..:

Mata perhati tertenung-tenung,
Tangan berlagu kaki di lantai,
Hajat hati setinggi gunung,
Apakan daya tidak tersampai.

Ditumbuk lengan jari yang sengal,
Kaki tersepak si pokok bunga,
Bertanya nama bersuai kenal,
Manakan tahu ada jodohnya.


Anak dara bermata lentik,
Lenggang lenggok pergi kenduri,
Bunga di taman ingin dipetik,
Jari berdarah terkena duri.


Makan lauk ikan sembilang,
Berganti ulam si manjakani,
Seberang laut mampu direnang,
Seberang hati tak pula berani.


Sanggul disimpul diikat kemas,
Cucuk sanggul ada di bucu,
Selendang tuan berbenang emas,
Pelekat hamba kain belacu.


Dayung sampan jauh ke tengah,
Dayung bergalah si pohon bambu,
Manakan bulan hendak dijengah,
Pelita sendiri pun tak bersumbu.


Selasih tuan disambar gelama,
Selasih saya dalam sampan,
Kasih tuan saya terima,
Kasih saya mana disimpan.

Malam itu gelap gelita,
Hingga pungguk gila bayang,
Dalam senyum ada cinta,
Dalam hati ada sayang.

Monday, July 5, 2010

Jom Layan

Ini adalah antara lagu-lagu baru kegemaran pada masa ini.. Klik download untuk untuk muatturun (Belilah yang original)..

1. Sabhi Sadhi - Nadiku download
2. Wali Band - Yank download
3. Shahir AF8 - Kebahagiaan Dalam Perpisahan download
4. Adira AF8 - Ku Ada Kamu download

Friday, July 2, 2010

SITI SOUND JAMMING STUDIO

Salam 1Malaysia,

Untuk peminat-peminat jamming sekalian, Dato' Siti Nurhaliza telah mewujudkan sebuah studio jamming di Taman Connaught, Cheras. Nama studio tu SITI SOUND JAMMING STUDIO. Harga promosi pada waktu ini adalah RM30 bagi setiap jam.. Murah rasanya tu kalau nak banding dengan studio jamming yang lain. Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi 03-91019555.

Thursday, June 17, 2010

DEMAM WORLD CUP!!!

Sekarang nie tengah musim World Cup... Sana sini orang sibuk bercerita tentang perlawanan yang berlangsung kat South Africa... Ade gak yang tanye aku.. sokong mane? Aku dengan gumbira bagitau aku sokong Sepanyol.. Tapi dengan game yang dia kalah malam tadi.. aku a bit confuse dengan kemampuan team ni untuk dapatkan World Cup.. By the way.. tunggu la sampai pusingan kalah mati nanti ek...

Tuesday, May 18, 2010

JOMHEBOH @ PUTRAJAYA

Pada Ahad yang lalu, Karnival Hari Belia telah diadakan di Putrajaya. Karnival Jomheboh juga turut diadakan di tapak tersebut. Kebetulan sepupu aku, si Chomell terlibat dalam mengelolakan booth cereka @ TV3. Adik Mya Sara (Amani Adamaya), Rizal, Intan Ladyana dan beberapa artis lain turut serta dalam mempromosikan drama masing-masing. Penyanyi Rossa juga sempat menghadirkan diri untuk promosi konsert nya yang akan berlangsung tidak lama lagi. Apapun, adik Amani memang sempoi!!!











Sunday, May 9, 2010

Promo SimplySiti @ One Utama Shopping Complex

Semalam bersamaan Ahad, 9 Mei 2010 telah berlangsung promosi produk SimplySiti di Pusat Membeli Belah One Utama. So aku berkesempatan ke sana. Majlis yang dijangkakan bermula pukul 3pm tetapi kelewatan berlaku. Lebih kurang pukul 3.30pm kelibat Datuk Siti Nurhaliza kelihatan bersama suaminya Datuk K dan anaknya. Siti tidak membuang masa meneruskan acara pada hari tersebut. Siti yang kurang sihat kerana batuk telah cuba sebaik mungkin untuk menghiburkan para penonton. Beliau memaklumkan tidak dapat menyanyi seperti biasa dan telah mengajak beberapa penonton untuk menyanyi bersama. Siti juga menjemput penonton untuk membuat ucapan sempena Hari Ibu. Beberapa acara menarik dijalankan dan diikuti dengan sessi tandatangan untuk pembeli produk SimplySiti. Beliau turut meluangkan masa untuk sesi press conference sebelum berangkat pulang pada jam 5.15 petang.

Publish Post
Pentas utama program.

Ketibaan Datuk Siti Nurhaliza

Ketibaan Datuk K dan anaknya

Siti menghiburkan peminat

Antara peminat yang dipanggil untuk menyanyi bersama

Aksi Siti melayan peminat di pentas

Antara wartawan yang hadir

Siti melayan karenah peminat

Siti sempat pose manja lagi...

Antara peminat yang sibuk mengambil gambar

Peminat berebut untuk mendapatkan tandatangan Siti

Demo mekap produk SimplySiti


Sidang media


Siti ditemuramah wartawan RTM

Siti berangkat pulang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...