Followers

Tuesday, March 22, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU KRISDAYANTI!!!

Ahad lalu, pasangan itu diijabkabulkan di Masjid Sahid Nurul Iman, Hotel Grand Sahid Jaya Jakarta, Indonesia dengan dihadiri kaum keluarga terdekat serta kenalan rapat pasangan itu. Kedua-duanya dinikahkan sendiri oleh bapa Kris dengan hanya sekali lafaz oleh Raul.

Pada majlis yang berlangsung dalam suasana sederhana itu, Kris menerima hadiah mas kahwin berupa peralatan kelengkapan solat. Pasangan berkenaan juga saling menukar cincin perkahwinan jenama Bvulgari.

Kasih sayang Raul terhadap Kris cukup terserlah. Sejurus selepas sah bergelar suami isteri, lelaki itu tanpa segan silu merangkul isterinya dan mengucup bibir Kris. Dia juga turut mengucup dahi wanita baru yang bakal mendampinginya sebagai teman hidup.

“Saya sangat mencintai Kris. Dia akan menjadi pelengkap baru dalam kehidupan saya,” ujar Raul seorang usahawan yang dikenali ramai di negara kelahirannya, Timor Leste.

Sebetulnya, bukan mudah untuk Kris dan Raul dapat merealisasikan kenangan indah dalam hidup mereka itu. Ini kerana, semasa menjalin hubungan sebagai pasangan kekasih, kedua-duanya sering menjadi sasaran gosip-gosip liar.

Bahkan banyak cerita kurang manis mengenai Kris dan Raul dijaja media-media tempatan sehingga kedua-duanya kurang senang untuk bercakap kepada wartawan mengenai hubungan mereka.

Bagaimanapun, selepas merancang dengan teliti, Kris dan Raul akhirnya dapat disatukan sebagai suami isteri. Pasangan itu juga bakal diraikan dalam satu majlis persandingan di Hotel Mulia, Jakarta pada 25 Mac ini.

Kata Kris, biarpun berdepan dengan pelbagai kesulitan sebelum ini, namun dia sentiasa yakin dengan kebesaran Allah dan percaya bahawa hari bahagia buat dia dan Raul akan tiba juga.

“Ternyata semuanya benar. Alhamdulillah, hari ini kami berdua sudah berkahwin. Inilah berkat kesabaran saya dan Raul. Saya terlalu bersyukur,” ujarnya.

Bagi Raul atau nama sebenarnya Raul Dos Reis Lemos, pernikahan dia dengan Kris sudah cukup membuatkan hatinya gembira kerana tidak perlu lagi risau memikirkan pandangan negatif orang-orang yang kurang senang dengan hubungan mereka.

“Semoga selepas ini tiada lagi perkara tidak betul yang diceritakan mengenai kami berdua,” ujarnya ringkas kepada wartawan pada sidang media.

Hadir sama pada majlis pernikahan pasangan popular Indonesia itu ialah ibu Raul, Esmeralda yang kini menetap di Lisbon, Portugal . Tidak ketinggalan artis-artis terkenal seperti Rossa, Desi Ratnasari, Maia Estianti dan lain-lain. GUA difahamkan Anang tidak hadir ke majlis tersebut kerana menghidap selsema.
















Sumber berita: Budiey.com
Sumber foto: Kapanlagi.com

p/s: Semoga pasangan ini berbahagia.. Macam ikut jejak Dato' Siti Nurhaliza pun ade... ehehe..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...