Followers

Monday, February 28, 2011

Saya ingin Menonton Filem World Invasion: Battle Los Angeles!

World Invasion: Battle Los Angeles adalah sebuah filem genre aksi yang bakal ditayangkan di pawagam pada 17 Mac ini. Filem ini diarahkan oleh Jonathan Liebesman dengan membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Aaron Eckhart, Michelle Rodriguez, Ramon Rodriguez, Bridget Moynahan, Ne-Yo, Michael Pena dan ramai lagi. Sinopsis bagi filem ini adalah seperti berikut:


"Untuk beberapa tahun, terdapat dokumentasi kes-kes penemuan UFO di serata dunia – Buenos Aires, Seoul, France, Germany, China. Akan tetapi pada 2011, apa yang hanya merupakan penemuan sahaja untuk seketika waktu dahulu, kini menjadi realiti yang menakutkan apabila Bumi diserang oleh kuasa-kuasa yang tidak dikenali. Semasa penduduk dari serata dunia melihat kejatuhan bandar-bandar terhebat di dunia, Los Angeles menjadi tempat tumpuan terakhir untuk pertempuran yang tidak diduga. Kemenangan bergantung kepada staf sarjan Marine (Aaron Eckhart) dan platun barunya untuk bertempur dengan musuh yang tidak seperti mana-mana yang pernah ditemui sebelum ini.... "


Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam terdekat pada 17 Mac 2011. Butiran lanjut mengenai filem ini boleh didapati dari sini: http://bit.ly/manggaad-world-invasion-battle-los-angeles

Maka jangan lepaskan peluang untuk menonton filem hebat ini!!!


Trailer:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...