Followers

Sunday, May 9, 2010

Promo SimplySiti @ One Utama Shopping Complex

Semalam bersamaan Ahad, 9 Mei 2010 telah berlangsung promosi produk SimplySiti di Pusat Membeli Belah One Utama. So aku berkesempatan ke sana. Majlis yang dijangkakan bermula pukul 3pm tetapi kelewatan berlaku. Lebih kurang pukul 3.30pm kelibat Datuk Siti Nurhaliza kelihatan bersama suaminya Datuk K dan anaknya. Siti tidak membuang masa meneruskan acara pada hari tersebut. Siti yang kurang sihat kerana batuk telah cuba sebaik mungkin untuk menghiburkan para penonton. Beliau memaklumkan tidak dapat menyanyi seperti biasa dan telah mengajak beberapa penonton untuk menyanyi bersama. Siti juga menjemput penonton untuk membuat ucapan sempena Hari Ibu. Beberapa acara menarik dijalankan dan diikuti dengan sessi tandatangan untuk pembeli produk SimplySiti. Beliau turut meluangkan masa untuk sesi press conference sebelum berangkat pulang pada jam 5.15 petang.

Publish Post
Pentas utama program.

Ketibaan Datuk Siti Nurhaliza

Ketibaan Datuk K dan anaknya

Siti menghiburkan peminat

Antara peminat yang dipanggil untuk menyanyi bersama

Aksi Siti melayan peminat di pentas

Antara wartawan yang hadir

Siti melayan karenah peminat

Siti sempat pose manja lagi...

Antara peminat yang sibuk mengambil gambar

Peminat berebut untuk mendapatkan tandatangan Siti

Demo mekap produk SimplySiti


Sidang media


Siti ditemuramah wartawan RTM

Siti berangkat pulang

1 comment:

  1. perkara yg dah lama sy tggu,,stiap ari hitung hari nak join promo ni,,akhir nya
    sy dpt gak join,,tapi sygnya time tu kita tak smpt nak brkenalan kalo tak leh ar sy msuk dlm pic2 ni gak
    hahahhaaaa,,,,,,,love u so much dato siti

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...