Followers

Monday, February 28, 2011

Saya ingin Menonton Filem World Invasion: Battle Los Angeles!

World Invasion: Battle Los Angeles adalah sebuah filem genre aksi yang bakal ditayangkan di pawagam pada 17 Mac ini. Filem ini diarahkan oleh Jonathan Liebesman dengan membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Aaron Eckhart, Michelle Rodriguez, Ramon Rodriguez, Bridget Moynahan, Ne-Yo, Michael Pena dan ramai lagi. Sinopsis bagi filem ini adalah seperti berikut:


"Untuk beberapa tahun, terdapat dokumentasi kes-kes penemuan UFO di serata dunia – Buenos Aires, Seoul, France, Germany, China. Akan tetapi pada 2011, apa yang hanya merupakan penemuan sahaja untuk seketika waktu dahulu, kini menjadi realiti yang menakutkan apabila Bumi diserang oleh kuasa-kuasa yang tidak dikenali. Semasa penduduk dari serata dunia melihat kejatuhan bandar-bandar terhebat di dunia, Los Angeles menjadi tempat tumpuan terakhir untuk pertempuran yang tidak diduga. Kemenangan bergantung kepada staf sarjan Marine (Aaron Eckhart) dan platun barunya untuk bertempur dengan musuh yang tidak seperti mana-mana yang pernah ditemui sebelum ini.... "


Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam terdekat pada 17 Mac 2011. Butiran lanjut mengenai filem ini boleh didapati dari sini: http://bit.ly/manggaad-world-invasion-battle-los-angeles

Maka jangan lepaskan peluang untuk menonton filem hebat ini!!!


Trailer:

Thursday, February 24, 2011

Musibah Itu Satu Rahmat Allah

Assalamualaikum wbh...

Pagi tadi sambil memandu ke pejabat, sempat la dengan tazkirah di radio KLfm.. Hari ini tazkirah oleh Ustaz Salehuddin dari DBP. Topiknya agak menarik sebab begitu dekat dengan kehidupan seharian kita, "Pahitnya di dunia adalah manisnya di akhirat".

“Tiada suatu musibah pun yang menimpa diri seseorang kecuali dengan izin Allah, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya.”  (HR Bukhari)

Friday, February 18, 2011

MAMAK OH MAMAK!!

KISAH BENAR

Di sebuah kedai mamak di Cyberjaya, pada waktu tengahari yang panas terik.

Mamak:    Bos, order. Mau makan ape?
Sahabat:   Mee goreng satu.
Mamak:    Wokeyy..
Isteri Sahabat: Nasi goreng ayam satu.
Mamak:   Wokeyy..
Saya:       Em, kasik mee goreng mamak satu...
Mamak:   Mee goreng mamak tarak la bos..
Saya:       Hoh? Sapa masak? Melayu ka mamak?
Mamak:   Mamak.. Tapi mee goreng mamak malam saja ade.
Saya, sahabat & isteri sahabat:  ??????


" Seorang penyanyi belum tentu boleh mencipta lagu, seorang pencipta lagu belum tentu boleh menyanyi - ZahidZidane "
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...