Followers

Wednesday, December 29, 2010

Nasib Gudel Si Gurita

Gudel Si Gurita (Kurita)


Semalam telah berlangsungnya perlawanan akhir kedua bagi Piala AFF Suzuki 2010. Ternyata Malaysia akhirnya berjaya membawa pulang piala tersebut untuk pertama kalinya ke Malaysia. Manakala team Indonesia terus kempunan untuk kali keempat dalam percubaan mereka merampas piala itu. Apa yang menarik mengenai perlawanan ini, rakyat Indonesia begitu taksub untuk menang sehingga wujudnya sotong yang dikatakan bakal menggantikan 'Paul' yang meramal dengan tepat pada Piala Dunia yang lalu. Setelah dua jam menunggu, sotong itu akhirnya memilih team Indonesia. Malangnya, ramalan sotong yang dinamakan 'Gudel' itu ternyata salah. Aku rasalah kan.. sotong tu saja nak ambil hati orang Indonesia. Lagipun, kalau dia pilih kotak Malaysia pada masa tu, confirm dia akan bertukar menjadi sambal nasi lemak hari tu juga. Jadi, apakah nasih si Gudel pada hari ini?


Team Malaysia

Apa pun, tahniah untuk team Malaysia. Syabas di atas usaha yang telah diberikan. Untuk penyokong pula, selamat bercuti dan selamat tahun baru. Tahun depan kita gempur lagi!!!

Thursday, December 23, 2010

JADUAL PEMBAYARAN GAJI TAHUN 2011


Salam...

Tahun 2010 dah nak berakhir. So aku nak kongsi jadual pembayaran gaji untuk tahun 2011. Bukan ape.. Supaya korang boleh la membuat perancangan awal. Nak buat kenduri ke, nak kahwin lagi ke, nak pergi bercuti ke.. Haha..


Sunday, December 19, 2010

HATI-HATI PENIPUAN DI TELEFON

Salam kengkawan semua..

Baru-baru ni aku terima message dari nombor yang tak dikenali. Kononnya menyamar jadi 'Ayah' aku yang ada masalah kat balai polis. Suruh aku topupkan dia RM 50, siap ade nombor baru ayah aku kononnya. Nasib baiklah aku dah pernah terdengar taktik macam ni. Ada sesiapa yang rajin nak buat repot polis? Nombor semua ada dah tuh..
Untuk kengkawan sekalian, hati-hatilah dengan penipuan macam ni. Mesej tak berbayar ini dibawakan oleh ZahidZidane.. hehe..

Thursday, December 16, 2010

Undang-undang pemilikan hartanah kita terlonggar di dunia??


Berita dalam Utusan hari ini menyatakan undang-undang pemilikan hartanah di negara kita adalah yang terlonggar di dunia? Pernyataan ini menunjukkan petanda mengapa rakyat kita terutama orang Melayu yang berpendapatan rendah begitu sukar memiliki hartanah sendiri. Patutlah ramai warga asing dengan senang hati membeli tanah dan rumah di negara kita. Tengok je la kat kawasan rumah mewah di The Mines dan Kinrara.. Rata-ratanya dimiliki oleh orang asing dengan harga yang sangat tinggi.. Kita?? Mampu ke??

p/s: orang kita lebih suka menggadai tanah daripada membeli tanah...


Petikan dari Utusan Malaysia


KUALA LUMPUR 16 Dis. – Undang-undang pemilikan hartanah di Malaysia adalah paling longgar di dunia dan keadaan ini menarik kehadiran pelabur asing sehingga menjejaskan peluang rakyat negara ini.

Persaingan itu menyebabkan nilai sektor berkenaan melambung mencecah paras terlalu tinggi dan berada di luar kemampuan mereka, kata Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Penilai, Pengurus Harta, Ejen Harta dan Perunding Harta Swasta Malaysia (PEPS), Y. H. Ooi.

Beliau yang juga Pengarah Urusan Knight Frank, berkata, nisbah permintaan hartanah antara rakyat tempatan dan asing pada tahun ini adalah 70:30 dan berdasarkan perkiraan semasa, jumlah penguasaan rakyat asing akan meningkat tahun hadapan.

Menurutnya, walaupun peningkatan nilai hartanah membantu meningkatkan ekonomi negara tetapi ia juga memberikan impak negatif kepada rakyat sekiranya tiada kawalan.

Ooi mendakwa, tiada sebarang had dikenakan kepada para pelabur asing dari segi pemilikan jumlah aset dan lokasi sekiranya ingin memiliki hartanah di Malaysia.

Beliau menjelaskan beberapa negara seperti Australia dan Singapura mempunyai undang-undang ketat terhadap pemilikan hartanah di kalangan pelabur asing.

“Antaranya had bilangan aset, hanya boleh membeli aset yang sedang atau belum dibina dan pelbagai lagi bagi melindungi kepentingan rakyat tempatan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini sempena Sidang Kemuncak Hartanah Malaysia 2011 yang akan diadakan pada 18 Januari depan.

Turut hadir bekas Ketua Pengarah Penilaian, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Datuk Mani Usilappan yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif PEPS dan Presiden PEPS, Choy Yue Kwong.

Ooi berkata, faktor persaingan ini menyebabkan nilai hartanah di kawasan bandar melonjak tinggi dan langsung tidak mampu dimiliki oleh rakyat berpendapatan sederhana serta ke bawah.

“Kita tidak mampu menandingi kuasa beli pelabur asing dan akhirnya hanya mampu melihat aset strategik dimiliki orang luar. Sesuatu perlu diambil untuk menilai semula masalah ini,” kata beliau.

Ooi menambah, pelabur asing yang banyak memiliki aset di Malaysia adalah dari Singapura, Hong Kong, Indonesia, Eropah dan rantau Asia Tengah.

Lokasi yang menarik perhatian mereka adalah Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Klang atas faktor infrastruktur dan kemudahan yang serba lengkap.

Mani pula menjelaskan, sekiranya keadaan itu berterusan, mungkin akan timbul persoalan sama ada industri hartanah tempatan dibina untuk rakyat atau pelabur asing.

Sementara itu, Yue Kwong berkata, nilai hartanah di Asia termasuk Malaysia dijangka terus meningkat pada tahun depan berikutan pertumbuhan ekonominya yang positif meskipun berlaku kemerosotan di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Katanya, keadaan ekonomi luar yang tidak menggalakkan akan menyaksikan dana pelaburan khususnya sektor hartanah bakal beralih ke Asia dan Malaysia turut mendapat faedahnya berdasarkan kemudahan infrastruktur sedia ada.

Beliau berkata, permintaan tinggi dalam sektor hartanah tempatan akan meningkatkan kadar kecairan pasaran dan nilai hartanah khususnya di Kuala Lumpur.

“Peningkatan nilai hartanah pada tahun depan mungkin tidak setinggi tahun ini yang mencatat peningkatan 30 peratus kerana pertumbuhan ekonomi negara dijangka perlahan,” jelasnya.

Bangunan Pelik Serata Dunia

Bidang arkitektural adalah satu bidang yang membolehkan seni dan arkitektural itu disatukan. Lazimnya kita melihat bangunan di bandaraya dibina dengan ciri-ciri simetri walaupun fizikalnya unik. Kalau di Malaysia kita boleh melihat bangunan KLCC, Menara Rebung dan banyak lagi. Tetapi terdapat juga bangunan yang dibina dengan rekabentuk yang pelik dan menarik perhatian kita. Hari ini saya kongsikan beberapa bangunan pelik yang terdapat di serata dunia.

1. The Urban Cactus, Netherlands.


2. Wocozo's Apartment, Amsterdam.


3. Crooked House, Poland


4. Solar furnace, France


5. Dewan Konsert Walt Disney, California


6. Habitat 67, Canada


7. Tempat menunggu bas di sebuah kompleks membeli belah di Ventura, California


8. Dancing building, Republik Czech

9. Wonderworks, United States


10. The Basket Building, United States



Sumber: Google University

Wednesday, December 15, 2010

Untuk renungan insan yang bernama wanita...

Untuk renungan insan yang bernama wanita...

30 Larangan bagi Wanita

1. Menyambung rambut palsu
2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lalaki lain
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
9. Derhaka kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
15. Menyerupai lelaki
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami
17. Memandang aurat wanita lain
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan
19. Masuk permandian awam
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah
21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seseorang
23. Menghantar jenazah
24. Mempercayai dukun dan peramal
25. Menyumpah anak-anak sendiri
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim
27. Menganiaya pembantu
28. Mengganggu jiran
29. Minta cerai kerana suami sakit
30. Minta cerai kerana suami menikah lagi

19 Hadis Rasulullah SAW mengenai wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Monday, December 13, 2010

Oh! Media... kau pun boleh buat silap...

Oh! Media ni salah satu page yang selalu mendapat perhatian kat Facebook.. Pada aku ada sesetengah topiknya menarik untuk kita baca.. Cuma kadang-kadang ada topik yang tak sesuai dan mungkin memalukan orang atau pihak lain.. Ramai juga yang menegur tapi nampak gayanya Oh! Media ni buat 'derk' aje sebab mungkin dorang rasa dorang ni kebal atau maksum... Kat page gambar Oh! Media pun siap ada ruang 'Phailed' untuk menunjukkan kesilapan website-website orang. Adakah mereka tidak membuat kesilapan? Ni kesilapan bahasa yang dikesan di Oh! Media hari ini... Peminat tegar jangan marah ye...

Segala berperingkat?? Bukan sepatutnya 'secara' berperingkat ke??
Tahta?? Takhta la yang.. huhu...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...